Program Cuti Sekolah Kelas Warna Air "Teknik Meniup", Kelas Membuat Topeng & KDB
21 September 2015 | Aktiviti Terkini
Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menggalakkan pelajar sekolah menyertai program-program yang bermanfaat supaya mereka dapat memupuk diri kepada program yang berbentuk ilmiah. Ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat seni pada peserta supaya menjadi seorang yang kreatif dan memupuk minat terhadap bidang seni.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 20 September – 23 September 2015 (Setiap sesi 2 jam & 1jam 30 minit)
Tempat : PI Gunung Hilir (Bilik Training)
Anjuran : Pusat Internet Gunung Hilir
Kehadiran : Pelajar sekolah rendah & menegah
Tujuan Program kelas diadakan :
•Untuk mengajak komuniti mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
•Bagi menggalakkan pelajar mencungkil bakat seni.
•Memberi inspirasi dengan menanam minat terhadap bidang seni dan menjadi seorang yang kreatif.
•Sebagai pusat kegiatan program dalam bentuk ilmiah dan memotivasikan peserta untuk kemahiran kendiri pada masa akan datang.
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :
1)Taklimat KDB
•Penerangan tentang kepentingan menjaga maklumat peribadi
•Keselamatan dan panduan di Internet
•Aktiviti KDB seperti membaca risalah, teka silang kata dan tayangan video.
2)Belajar teknik membuat lukisan menggunakan warna air dengan penyedut minuman untuk hasilkan karya.
•Panduan teknik meniup dilakukan supaya mereka dapat menggunakan teknik dengan cara betul.
3)Kelas Membuat Topeng
•Kelas membuat topeng ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak menjadi kreatif dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi.
•Menadaptasikan kemahiran berdasarkan maklumat dari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: